• +(603) 8706 0612
  • admin@kmss.edu.my
  • 41, Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang , Selangor, Malaysia.
  • News

    Jadi Pelajar Hafazan Kena Kuat. Bukan Senang Nak Sentiasa Konsisten Dengan Bacaan Quran

    Hafal al Quran ni senang. Cuma, perlu fokus masa hafal. Kalau fulltime hafal quran lagi senang. Sebab memang fulltime dekat hafazan.

    Saya ada rakan yang hafal 2 setengah muka surat (1 maqra’) dalam masa 30 minit je. Saya syak dia rebus quran tu dan minum hahaha. Gurau2.

    Tapi rata rata kawan masa di Darul Quran Jakim (separuh hafazan separuh akademik) dulu semua 30 minit 1 muka surat.

    Yang tak berjaya biasa ada problem nak fokus masa hafal quran.

    Paling penting untuk hafazan adalah bahagian ulangan. Untuk konsisten ingat apa yang dihafal.

    Antara tips yang saya dapat dari guru-guru hafazan saya masa di Masjid Putih Kuala Terengganu, IQT dan Darul Quran Jakim:

    1. Ulangan hafazan minima 5 juzu’ sehari
    2. Ulangan hafazan 3 juzu’ sehari
    3. Ulangan hafazan dalam tempoh 7 hari.

    Jadi pelajar hafazan kena kuat. Bukan senang nak sentiasa konsisten dengan bacaan quran.

    source

    Leave a comment