• +(603) 8706 0612
  • admin@kmss.edu.my
  • 41, Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang , Selangor, Malaysia.
  • News

    ANDA BUKAN PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DAN INGIN MENGHAFAL AL-QURAN? IKUTI TIPS INI.

    Mesti anda teruja bila membaca tajuk artikel ini kan?

    Pertamanya sukalah saya ingatkan, bahawa untuk hafazan bukan sepenuh masa, iaitu part-time, hati kena kuat. Mestilah pandai bahagikan masa dengan baik dan wajib sabar.

    Orang dulu-dulu kata, ‘pelan-pelan kayuh”.

    Minima hafazan sehari 1 baris. Maksimum 3 baris sehari. Jangan lebih.

    Cara dia senang, kita sehari-hari akan tunaikan kewajipan kita sebagai muslim yang taat. Hamba Allah yang sujud. Ambil peluang selepas solat untuk buka al-Quran dan baca al-Quran.

    Manfaatkan 5 Waktu Solat

    Ya, kita manfaatkan solat fardhu kita. Kita mula pada waktu solat Isya’.

    1. Waktu Isya’.

    Bacalah 1 baris sebanyak 20 kali bacaan. 1 baris bersamaan 10-20 saat sahaja. Insha Allah sekejap saja.

    2. Waktu subuh.

    Mula proses hafazan. Potong ayat hafazan kepada beberapa bahagian yang senang untuk kita hafal.

    Sebagai contoh, kita potong ayat menjadi 3 bahagian. Setiap satu bahagian ulang sebanyak 10 kali dengan tengok al-Quran dan 10 kali tanpa tengok.

    Kemudian teruskan ke bahagian seterusnya. Bila dah berjaya bahagian B. Kita baca kembali bahagian A dan gabungkan dengan bahagian B tanpa tengok. Ulang kaedah sampai selesai 1 baris.

    3. Waktu zuhur.

    Baca terjemahan ayat hafazan 1 kali. Yang penting kita faham makna ayat hafazan kita. Kemudian baca dengan menggambarkan ayat hafazan dalam minda kita tanpa tengok al quran. Ulang 20 kali. Seandainya, waktu ni ada terlupa, tengok quran dan baca kembali dari permulaan ayat hafazan kita.

    4. Waktu asar.

    Baca ayat hafazan sambil menggambarkan ayat hafazan kita dalam minda. Ulang sebanyak 20 kali. Waktu ni, boleh baca sambil memandu pulang ke rumah.

    5. Waktu maghrib.

    Waktu ni untuk dengarkan hafazan kita pada rakan atau suri hati atau pada imam surau/masjid taman rumah kita.

    Alhamdulillah, diharapkan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghafal al-Qur’an.

    Selamat mencuba.

    Tips ini dikongsi oleh Ustaz Fitri,

    Guru al-Qur’an, Khalifah Model School Secondary

    4 comments

    • Farrah Alias
      / Reply

      Assalamualaikum.Boleh saya dapatkan syarat kemasukan sekolah dan yuran pengajian sekolah ini.

      • fitri
        / Reply

        Waalaikumussalam. Terima kasih kerana berminat. Pihak admin sekolah akan email kembali pada Dr. Insha Allah.

    • Rohaudah Abdul Raih
      / Reply

      Saya berminat untuk mengetahui syarat kemasukkan ke tingkatan 1 tahun 2018 dan yuran akademik dan asrama.

    • Lina Rusli
      / Reply

      Assalamualaikum.
      Boleh saya dapatkan syarat2 kemasukan sekolah serta yuran pengajian sekolah ini.
      Tkasih

    Leave a comment